SUP DAGING SIAM

SUP DAGING SIAM

Servings

6

Cook

1 hr
Spread the RESEPI

Bahan-bahan

tulang+daging 2kg
garam 1 1/2sudu
gula 2 sudu
halia 4 hiris
serai diketuk 3 btg
lengkuas 4 hiris
Bawang besar 2 biji
bawang putih 6 ulas
bawang merah dibelah 2 sahaja 8 biji
biji pelaga 10
lada hitam kasar 1 sudu besar
bunga cengkih 10
bunga lawang 8
kulit kayu manis 3 btg besar
serbuk jintan manis 1 sudu kecil
serbuk jintan putih 1 sudu kecil
serbuk ketumbar 1 sudu kecil
serbuk lada putih 1/2 sudu kecil
Perencah ADABI SUP SIAM 2 bungkus
bawang goreng 1 genggam
daun sup 1 ikat
daun ketumbar 1 ikat
cili padi 3 biji
perahan limau nipis 1 sudu

Cara-caranya

  1. masukkan tulang+daging 2kg dlm periuk.
  2. masukkan air melepasi tulang.
    bubuh garam 1 1/2sudu,gula 2 sudu, halia 4 hiris,serai 3 btg diketuk ketuk,lengkuas 4 hiris tipis
    Bawang besar 2 biji, bawang putih 6, bawang merah 8( (cuma dibelah 2 sahaja.)
    biji pelaga 10. lada hitam kasar 1 sudu besar,bunga cengkih 10, bunga lawang 8,kulit kayu manis 3 batang besar.
    serbuk jintan manis 1 sudu kecil, serbuk jintan putih 1 sudu kecil, serbuk ketumbar 1 sudu kecil, serbuk lada putih 1/2 sudu kecil.
    Perencah ADABI SUP SIAM 2 bungkus
  3. rebus dan masaklah sampai daging empuk atau pun bagi tulang terpisah dengan daging.rasai dulu apa yg kurang.tambah.
  4. bawang goreng( mesti kena buat tau….jng malas. bawang goreng ini orang kedah panggey \’ tumis darat\’kupas bawang merah 10 ulas.
  5. mayang halus, sediakan kulit kayu manis 1, bunga lawang 4, biji pelaga 8, lada hitam. Letak kuali atas api dan masukkan minyak 1/2 cawan.
  6. bila minyak panas masukkan bawang dan kkmanis, bunga lawang, biji pelaga dan lada hitam tadi dan goreng sampai garing( jangan bagi hangit).
  7. bila sup daging tadi sudah masak dan masa tengah tengah panas tu curahkan minyak berserta dng bawang yg kita goreng tadi kedalam periuk sup tadi.kacau kacau. dah siap sup tulang daging kita.

makanlah dengan menabur bawang goreng ( yg dibeli dikedai) hirisan daun sup/daun ketumbar,belahan cili padi dan perahan air limau nipis( jika suka)

perhatian: bawang yg kita goreng untuk di masukkan dalam sup/ tumis darat tu adalah berasingan dengan bawang goreng untuk taburan atas sup tu..maknanya lepas masukkan bawang \’ tumis darat ke dalam periuk, waktu nak makan nanti kena tabur bawang goreng juga tapi yang lain pula.baru sedapppppppp…..

Favorite

Sedap ke?

Leave a Reply

Masak, Share, Viral & Menang RM10 setiap bulan di resepi.online. pemenang melalui Comment terbanyak ;-)Click sini
+ +