KARI DAGING KORBAN

KARI DAGING KORBAN

Servings

6

Cook

45 min
Spread the RESEPI

Bahan-bahan

Santan 2 kotak kecil 200ml x2
air 1 1/2 cawan
kerisik 5 sudu besar
bwg merah 10 biji
bwg putih 7 ulas
halia dihiris halus 2 inci
kulit kayu manis 2 btg
bunga lawang 3 kuntum
biji pelaga 3 biji
lada hitam 10 biji
rempah daging alagappa 300g atau 6 bungkus kecil
Rempah nasi beriani faiza 1 sudu besar
ubi kentang 4 biji di potong 4
minyak masak 2 cawan atau lebih

Bahan Utama

daging 1 kg

Kari ni sangat istimewa rasanya sebab resepi saya lain dari yg lain.jangan bimbang pasti sedap.
Rempah kari daging campur rempah nasi BERIANI cuba bayangkan rasanya.
Mesti makan bertambah tambah dan kalau masak jamu kawan kawan makan mesti akan dipuji.

Makan dengan nasi sangat sedap.makan dengan ketupat lemang pun sedap.semua sedap…..dan sesuai untuk apa apa saja….cubalah

Cara-caranya

  1. panaskan minyak dalam periok. tumis bwg dan halia tadi tu…dah wangi masukkan rempah 4 sekawan. kacau. masukkan rempah kari. kacau. jangan tinggal!!mudah hangus.
  2. bila rempah dah masak….masukkan daging – api sederhana.
  3. kacau selama 20 minit sampai air daging dah keluar semuanya dan keringkan sedikit kuahnya. Pekatkan.
  4. Masukkan air 1 1/2 cawan . Dikacau kacau.
  5. Masukkan 1/2 kotak santan tadi.
  6. masukkan ubi kentang , gula, garam dan kiub ayam/ajinomoto. Ketika ini api sederhana. ( cuba rasa sikit kuah nya – kena bagi kuah dah rasa sedap ketika ini sebab kuah ketika inilah yang amat penting untuk membuatkan daging dan kuah rasa sedap).
  7. terus dikacau…biar mendidih 2 -3 kali selama 20 minit atau sampai daging lembut pastu baru masukkan santan yg 1/2 tadi ,kacau kacau.
  8. biar mendidih 2 kali baru dimasukkan 1 kotak santan yang lagi satu tu…biarkan mendidih sekali…bila daging dan ubi lentang dah lembut n sedap baru dimasukkan kerisik. Dikacau kacau sekejap.

Sekarang dah jadi pekah kuahnya.
Rasailah apa yg kurang..sila tambah.

pastikan ubi dan daging telah empuk baru masukkan KERISIK. biarkan 5 minit . pastu baru ditutup api dapur. rasailah dulu apa yg kurang ditambah.SELEPAS MASUKKAN KERISIK KUAH KARI AKAN JADI PEKAT LIKAT DAN AMAT SESUAI DICICAH LEMANG DAN KETUPAT.
Kalau dah masuk kerisik agak dalam 5 minit sila tutup api.
( baru sedap dan pekat likat)

Peringatan penting:
* klu nk kuah banyak tambahlah air 1 cawan lg iaitu sebelum dimasukkan kerisikā€

* lepas tu biar mendidih lama sikit supaya ia pekat semula.

* jika last sekali tu ubi kentang dah masak lembut tapi daging belum empuk lagi..sila keluarkan ubi kentang dahulu nanti bila daging dah empuk baru masukkan semula ubi kentang kedLam periuk kari tu….

Masak apa apa pun perlu ada tekniknya supaya rasa sedap dan menyelerakan.

Dah siap…..

Favorite

Sedap ke?

Leave a Reply

Masak, Share, Viral & Menang RM10 setiap bulan di resepi.online. pemenang melalui Comment terbanyak ;-)Click sini
+ +